Posts

MUKADIMAH

Image
 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM SALAM PERKENALAN,  Rafizah Here 😁😁.  Aku disini lagi, dah lama x menulis di Blog. Apa yang aku cari disini? Entahlah. Expressing my deepest sadness maybe.  hey come on, malulah nak cerita kat orang pasal kesedihan kita kan. Dulu aku selalu cerita semuanya dekat mak. suka mau pun duka. Mak kini sudah 78hari kembali ke rahmatullah. Suatu peristiwa yang bagiku amat meluluhkan jiwa ragaku. Segalanya terasa kosong. OMG. jem, air mata xnak berhenti mengalir. Dah la menulis guna waktu rehat kat ofis. ok stop dulu. nanti kantoi nangis 😂😂 annyeong. 

CUBAAN MEMANDU

  24.02.1938 CUBAAN MEMANDU Tubuh Rabiah menggigil dengan detak jantungnya yang tiada terkawal lagi. hatinya tidak keruan memikirkan nasibnya yang mungkin mendapat amarah dari kakaknya dan abang iparnya kelak. Jenaka yang dibuat ibunya untuk menyenangkan hatinya tidak disambutnya dengan baik bahkan hatinya hanyalah rawan. fikirannya terbejat untuk waktu yang panjang. keponakannya yang baru bangun dari tidur seraya menyendeng di sisinya juga akhirnya berlalu dengan tangisan dek dimarahi olehnya. Rabiah sangat khuatir kala ini. Biarpun rasa bersalah menyarang didalam hati namun jiwanya yang berserabut menjadikan dia seorang perengus biarpun di awal pagi. imbas kembali ''rabiah, pergilah kau menghantarkan adikmu ke sekolah dengan kereta kudamu itu.'' kedengaran suara mak bedah melaungkan dari dapur.''  Rabiah tidak segera menjawab ibunya, dia lantas segera menghabiskan bacaannya untuk bersiap-siap menghantarkan adiknya Abdul Fattah. kebiasaannya adiknya itu akan ke

MAIN HUJAN

  17.02.1938  MAIN HUJAN Tempikan petir membejat Rabiah untuk terus bermain game angry birdnya, dia terkedu buat seketika. Selajur bunyi petir yang sangat kuat itu hujan pula turun mendadak dengan lebatnya. Lantas Rabiah bangun berlari ke luar rumah mengangkat jemuran yang masih berbaki di ampaian kerana sebelumnya dia telahpun mengangkat separuh darinya masuk ke dalam rumah. Ibunya turut datang membantu ketika itu. Selesai mengangkat jemuran Rabiah keluar mendapatkan ibunya yang sedang duduk di anak tangga rumah mereka. Rabiah tersenyum nakal kala itu tatkala melihatkan hujan terus-terusan mencurah dengan lebatnya. Hatinya berbunga-bunga. Dia lantas bingkas berlari ke perkarangan rumahnya sambil tersenyum nakal pada ibunya. Mak Bedah yang memang tahu sifat ketidakmatangan anaknya itu dan betapa gemarnya dia suka bermain hujan, hanya mampu menggelengkan kepala dan turut tersenyum melihat keletah anak dara suntinya itu. Rabiah lantas mendepangkan tangannya dan mendongak ke atas bagi mem