CUBAAN MEMANDU

 24.02.1938

CUBAAN MEMANDU

Tubuh Rabiah menggigil dengan detak jantungnya yang tiada terkawal lagi. hatinya tidak keruan memikirkan nasibnya yang mungkin mendapat amarah dari kakaknya dan abang iparnya kelak. Jenaka yang dibuat ibunya untuk menyenangkan hatinya tidak disambutnya dengan baik bahkan hatinya hanyalah rawan. fikirannya terbejat untuk waktu yang panjang. keponakannya yang baru bangun dari tidur seraya menyendeng di sisinya juga akhirnya berlalu dengan tangisan dek dimarahi olehnya. Rabiah sangat khuatir kala ini. Biarpun rasa bersalah menyarang didalam hati namun jiwanya yang berserabut menjadikan dia seorang perengus biarpun di awal pagi.

imbas kembali

''rabiah, pergilah kau menghantarkan adikmu ke sekolah dengan kereta kudamu itu.'' kedengaran suara mak bedah melaungkan dari dapur.'' 

Rabiah tidak segera menjawab ibunya, dia lantas segera menghabiskan bacaannya untuk bersiap-siap menghantarkan adiknya Abdul Fattah. kebiasaannya adiknya itu akan ke sekolah sendiri menunggang kaldai peliharaannya untuk ke sekolah setiap pagi. Namun, hujan lebat yang menyinggahi bumi pagi ini membuatkan Abdul Fattah lantas malas ke sekolah kerana takut kebasahan. Lagaknya seorang kakak yang baru memiliki kereta kuda (dipinjamkan sementara oleh kakak dan abang iparnya) dia mahu menghantarkan adiknya itu ke sekolah tanpa kebasahan.

''ya semestinya bukan kau yang memandu. kau duduk di depan sahaja sementara yang memandu itu Anas.'' 
Rabiah tidak juga menjawab kata-kata ibunya itu. sememangnya dia sendiri tidak yakin untuk memandu kereta kuda yang baru saja diberikan kepadanya itu. kelihatan Anas adiknya juga sudah bersiap-siap untuk keluar. 

setelah kuda dikejutkan sendiri oleh Rabiah lantas adiknya Anas mengambil alih tempat pemanduan dan mereka bertiga mulai bergerak menuju ke sekolah dengan dipandu oleh Anas. pemanduan Anas sungguh mahir dan kemahiran itu dicemburui oleh Rabiah. kerap kali dia menanyakan kepada Anas cara mengendalikan kuda-kuda itu agar suatu masa nanti dia mampu memacu sendiri kereta kudanya itu. terkadang kedengaran keluhan dari adiknya itu lantas dari persolan yang banyak dari Rabiah. Rabiah tidak mempedulikan keluhan itu, bahkan lebih galak menyakat adiknya dengan persoalan yang bertubi-tubi.

setelah menghantar Abul Fattah mereka pulang kerumah dengan melayani pemikiran masing-masing. 
''kau tak pandu kereta kudamu tu Rabiah?''
ibunya muncul dimuka pintu menyambut kepulangan mereka.
''ini baru mau dicuba bu. mau cuba 'reverse' dulu kuda-kudanya.
Rabiah menjawab seraya mengambil alih tempat pemanduan. Anas sudah berlalu masuk ke dalam rumah untuk menyambung tidurnya.
''hati-hati kau Rabiah'' tidak henti-henti ibunya berpesan kepada anaknya yang satu itu. wajahnya terpanca kerisauan kerana tidak tahu sama ada anaknya itu mampu atau tidak memacu seekor kuda. rabiah hanya tersungging sambill mulai memasukkan 'gear reverse'. diperhatikan ibunya sedang melihat ke arahnya lewat jendela rumahnya. 

didalam kereta kudanya Rabiah kehairanan kerana kudanya tidak juga bergerak walaupun 'gear reverse' sudah 'dimasukkan'. setelah beberapa kali dimasuk keluarkan 'gear reverse' barulah dia perasan adiknya telah mengunci 'hand break'. lalu Rabiah menurunkan 'hand break' dan kudanya dapatlah bergerak ke belakang. ah, dalam keseronokannya meng'reverse' dan bergerak ke hadapan dia tidak tersedar bahawa 'bumper' yang mengikat di kudanya telah bersalam berdakapan dengan tunggul di sebelahnya. apalagi direversenya juga kudanya itu biarpun kudanya sedang beramah mesra dengan sebatang tunggul sehingga membuatkan kudanya itu terluka dan terguris. selesai memarkirkan kudanya, lantas Rabiah keluar menjengah kudanya dan kelihatan luka yang panjang jelas sekali pada 'bumper' kudanya. kala itu jiwanya tak keruan. ibunya datang memerhati. Rabiah memeluk ibunya kepanikkan. ahhhhhhh.... jiwa yang tak tenteram...

dia terbayang-bayang bagaimana kakaknya akan memarahinya kerana kecuaian itu. dia rasa bersalah. uwaaaaaaaaaaa.........

Comments

Popular posts from this blog

MUKADIMAH

MAIN HUJAN