MAIN HUJAN

 17.02.1938 

MAIN HUJAN

Tempikan petir membejat Rabiah untuk terus bermain game angry birdnya, dia terkedu buat seketika. Selajur bunyi petir yang sangat kuat itu hujan pula turun mendadak dengan lebatnya. Lantas Rabiah bangun berlari ke luar rumah mengangkat jemuran yang masih berbaki di ampaian kerana sebelumnya dia telahpun mengangkat separuh darinya masuk ke dalam rumah. Ibunya turut datang membantu ketika itu. Selesai mengangkat jemuran Rabiah keluar mendapatkan ibunya yang sedang duduk di anak tangga rumah mereka. Rabiah tersenyum nakal kala itu tatkala melihatkan hujan terus-terusan mencurah dengan lebatnya. Hatinya berbunga-bunga. Dia lantas bingkas berlari ke perkarangan rumahnya sambil tersenyum nakal pada ibunya. Mak Bedah yang memang tahu sifat ketidakmatangan anaknya itu dan betapa gemarnya dia suka bermain hujan, hanya mampu menggelengkan kepala dan turut tersenyum melihat keletah anak dara suntinya itu. Rabiah lantas mendepangkan tangannya dan mendongak ke atas bagi membiarkan air hujan mengena wajahnya. Dek kerana matanya ditutup semasa berdiri hampir beberapa kali dia goyah dalam berdirinya. Kehadiran sang kelawar yang banyak sambil terbang rendah di kaki langit mengindahkan lagi panorama yang sedia indah ini. Terasa hatinya turut menari melihat gerakan kelawar-kelawar yang turut goyah penerbangan mereka dek ditujah hujan dari langit.   

Comments

Popular posts from this blog

CUBAAN MEMANDU

MUKADIMAH